Friday

Baju Pengantin Untuk Disewa

Salam and Hi...

Hari ni kami nak update 2 pasang baju pengantin perempuan untuk disewa ye. Dua-dua helai baju ni definitely bukan bersaiz S. Kedua-dua baju khas untuk pengantin berisi tapi vogue ;-). Sepasang warna off-white, sepasang warna dark purple. Dua-dua pun hanya dipakai sekali sahaja. InsyaAllah masih nampak meletup bila dipakai.Seperti jugak veil, harga sewaan berlainan bergantung pada kos dan material. Veil yang sepadan pun sedia ada untuk disewa! ;)

Syarat-syarat sewaan untuk baju adalah sama cuma DEPOSITnya berlainan. Harap maklum ye. Untuk tau lebih detail boleh e-mailkan kepada kami.

BAJU PENGANTIN

Kod BP 01 = RM250 (BAJU KURUNG MODEN XL-XXL)





Baju ni boleh dipakai untuk pengantin yang bersaiz XL-XXL. 
Warna baju adalah DARK PURPLE. 
Tinggi model 161-162cm. 

Baju pengantin kurung moden seperti ini cantik dipakai untuk hari pertunangan, persandingan, mahupun untuk dipakai pada hari outdoor photoshoot. Warnanya nampak hidup. Cantik!

BP 02 - RM350 (DRESS [M-XL] + Veil)




Cutting dress adalah A-line cutting untuk effect lebih slim dan nampak tinggi. 
Baju ni boleh dipakai untuk pengantin yang bersaiz M-XL
Warna baju adalah OFF-WHITE bermanik pink. 
Tinggi model di atas adalah 162-164cm. 
Body menggunakan kain lace manakala pada bahagian lengan adalah kain chiffon 2-tones (putih & pink) dan ada 2 layer supaya tidak jarang bila dipakai oleh pengantin bertudung.
Veil pula ada dua layer, layer pertama adalah chiffon, layer kedua adalah lace bermanik pink, untuk lebih detail pasal veil, click here and search for veil code VE 02 ;)

Gandingan putih pink memberi effect lembut dan menawan! Sesuai dipakai pada hari pertunangan, pernikahan mahupun persandingan kerana warna putih kan warna yang tak lapuk dek zaman :)

~Wanie & Nailah~

No comments:

Post a Comment