Tuesday

Syarat-Syarat Sewaan

Syarat-syarat sewaan:

1. Deposit + harga sewaan

Contoh: Kod CR 01
Deposit + harga sewaan = RM100 + RM50

2. Deposit PENUH akan dipulangkan semula semasa sesi pemulangan barang. Tetapi, sekiranya terdapat sebarang kerosakan pada barang sewaan, penyewa dikehendaki membayar harga penuh barang sewaan tersebut. 

3. Jangkamasa untuk mengambil barang adalah seawal 2 minggu sebelum majlis dan jangkamasa pemulangan barang adalah selewatnya 2 minggu selepas majlis.

Kepada bakal-bakal pengantin yang berminat untuk menyewa aksesori-aksesori ini, bolehlah emailkan butiran diri anda kepada:

Wanie / Nailah
sitisalwani262[at]gmail.com / sitinailah[at]gmail.com

Nama penyewa:
Nombor telefon untuk dihubungi:
Alamat:
Kod sewaan:
Tarikh sewaan:
Tarikh ambil barang:
Tarikh pemulangan barang:

Tempat untuk mengambil dan memulangkan barang adalah seperti berikut:
Isnin - Jumaat : Shah Alam (9am - 9pm)
                           Cyberjaya (8am - 5pm) 
Sabtu - Ahad : Shah Alam (9am - 9pm)

* Tempat untuk mengambil barang masih boleh dibincangkan. Tertakluk kepada keadaan semasa.

Artificial Flower Hand Bouquet


Salam and hi..

Kami buka sewaan untuk bunga tangan menggunakan bunga tiruan. Tapi jangan bimbang, walaupun menggunakan bunga tiruan, bunga nampak macam seakan-akan hidup, warna pula sweet je. Artificial flower ni senang nak jaga, untuk outdoor ke mana tau amik gambar untuk outdoor hari lain ke kan, untuk back up jugak kot-kot hand bouquet yang diorder tu tak sampai ke tangan. Harap-harapnye tak la jadi pape yang tak elok kan. InsyaAllah.. Apa-apa pun,let's see it to believe it ;-)

Kod HB 01 = RM20



 Ouch ni pose apa camni hihi




Thanks peeps...<3 <3 <3

Friday

Baju Pengantin Untuk Disewa

Salam and Hi...

Hari ni kami nak update 2 pasang baju pengantin perempuan untuk disewa ye. Dua-dua helai baju ni definitely bukan bersaiz S. Kedua-dua baju khas untuk pengantin berisi tapi vogue ;-). Sepasang warna off-white, sepasang warna dark purple. Dua-dua pun hanya dipakai sekali sahaja. InsyaAllah masih nampak meletup bila dipakai.Seperti jugak veil, harga sewaan berlainan bergantung pada kos dan material. Veil yang sepadan pun sedia ada untuk disewa! ;)

Syarat-syarat sewaan untuk baju adalah sama cuma DEPOSITnya berlainan. Harap maklum ye. Untuk tau lebih detail boleh e-mailkan kepada kami.

BAJU PENGANTIN

Kod BP 01 = RM250 (BAJU KURUNG MODEN XL-XXL)





Baju ni boleh dipakai untuk pengantin yang bersaiz XL-XXL. 
Warna baju adalah DARK PURPLE. 
Tinggi model 161-162cm. 

Baju pengantin kurung moden seperti ini cantik dipakai untuk hari pertunangan, persandingan, mahupun untuk dipakai pada hari outdoor photoshoot. Warnanya nampak hidup. Cantik!

BP 02 - RM350 (DRESS [M-XL] + Veil)




Cutting dress adalah A-line cutting untuk effect lebih slim dan nampak tinggi. 
Baju ni boleh dipakai untuk pengantin yang bersaiz M-XL
Warna baju adalah OFF-WHITE bermanik pink. 
Tinggi model di atas adalah 162-164cm. 
Body menggunakan kain lace manakala pada bahagian lengan adalah kain chiffon 2-tones (putih & pink) dan ada 2 layer supaya tidak jarang bila dipakai oleh pengantin bertudung.
Veil pula ada dua layer, layer pertama adalah chiffon, layer kedua adalah lace bermanik pink, untuk lebih detail pasal veil, click here and search for veil code VE 02 ;)

Gandingan putih pink memberi effect lembut dan menawan! Sesuai dipakai pada hari pertunangan, pernikahan mahupun persandingan kerana warna putih kan warna yang tak lapuk dek zaman :)

~Wanie & Nailah~

Sewaan Veil, Samping &Tanjak Pengantin

Salam and Hi...

Di bawah ni adalah gambar-gambar veil, samping dan tanjak yang cantik menarik and da bomb untuk disewakan ye. Harga sewaan adalah berbeza-beza bergantung pada material dan kos ye. Semuanya masih baru, hanya pernah dipakai sekali sahaja itupun sekejap. Tak nampak lusuh langsung. If ada apa-apa soalan, feel free to drop us an e-mail ye. We ols akan try reply a.s.a.p.

VEIL

VE 01 = RM35 (Colour Light Purple)



VE 02 = RM50 
(Colour Off-White Manik Purplish Pink-Veil ni two-piece)

 Layer bawah adalah chiffon plain labuh sampai ke tengah betis untuk orang yang berketinggian 163-164cm. Atas tu veil bermanik pink labuh sampai ke pinggang..






VE 03 = RM40 (Colour Light gold)

Labuh veil sampai pinggang darlings...

Close-up

VE 04 = RM35 (Colour Light Turqoise Manik Gold)

Labuh veil sampai ke pinggang ye sayang sekalian


SAMPING & TANJAK

Set samping dan tanjak di bawah ni semua custom made tau. Specially made untuk wedding Na'ilah. Cantik dan masih baru...

ST 01 = RM150

 
ST 02 = RM150

ST 03 = RM150


ST 04 = RM150


Nanti akan di upload pula baju-baju pengantin untuk disewakan ye. Stay tuneee...

~Wanie & Na'ilah~

Aksesori Pengantin Untuk Disewakan

Salam and hi...

Kami menawarkan perkhidmatan menyewakan aksesori buat raja sehari. Buat permulaan, terdapat beberapa jenis aksesori yang ditawarkan iaitu tiara (crown), rantai panjang, brooch besar (sesuai untuk majlis akad nikah), veil dan baju pengantin.  

CROWN

Kod CR 01 = RM50




Kod CR 02 = RM50




Kod CR 03 = RM50



RANTAI

Kod RA 01 = RM50


Kod RA 02 = RM40


Lelaki pun boleh pakai rantai ni, sesuai bila pakai baju melayu tampak lebih segak bila digandingkan dengan kain samping and tanjak.

Kod CR 03 = RM30
Rantai ni untuk pengantin lelaki pakai, nampak lebih simple tapi beraksesori. Tak terlalu plain kan bila pakai baju melayu, nampak lebih "pengantin" gitu.
BROOCH

BR 01 = RM40


Dalam gambar ni kalau perasan sebenarnya nak tunjuk pengantin pakai brooch besar atas sisi kepala.Lebih menawan di hari bahagia! ;-)

 GELANG

GE 01 = RM50 (untuk sepasang)

Akan ada lagi gambar-gambar akan diupload untuk veil...tungguuuuu...Thanks darlingsss...


~Wanie and Na'ilah~